07 Mei 2009

PASOLEH II


Alhamdulillah semalam aku berpeluang untuk ke stadium Malawati Shah Alam bagi memberi semangat kepada team PASOLEH; UPSI yang menyertai ROBOCON'09. Sewaktu mendaftar, kami telah medapar kesukaran apabila robot utama dikatakan terlalu tinggi dan pemukul gendang tidak mengikut syarat. Hal ini perlu diselesaikan dalam masa kira-kira 1 jam sebelum giliran kami untuk test-run. Terpasalah kami memotong robot PASOLEH demi memastikan kami tidak kalah sebelum bertanding. Tiba waktu test- run, aku dan sahabat (Mala, fini, ani, nana & kak fidah) mengangkat robot tersebut memandangkan peserta tidak kelihatan. Terkejut wakil yang aku tidak tahu dari universiti mana ; "UPSI hantar semua perempuan ke?". Kami cuma mengangguk dengan muka berkeyakinan. :p. Di tengah gelanggang terdapat masalah pula pada robot yang perlu bergerak mengikut garisan. Cahaya lampu stadium terlalu terang dan pantulan pada gelanggang menyebabkan robot tersebut tidak dapat membezakan garisan yang perlu diikuti. Aku amat berharap agar team PASOLEH dapat memperbaiki keadaan tersebut.

Tiada ulasan: