08 Mei 2011

Fakta : Bahasa & Perkataan

  • Terdapat kira-kira 6000~7000 bahasa yang digunakan di seluruh dunia.
  • Bilangan huruf bagi orang Kemboja (Khmer) adalah 74 menjadikannya yang terbanyak di dunia manakala bilanagan huruf bagi orang Hawaii cuma ada 12!
  • London merupakan bandar yang mempunyai kepelbagaian yang tinggi dengan 300++ bahasa digunakan dalam lingkungannya.
  • Bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi bagi England untuk lebih dari 300 tahun
  • Bahasa cina mempunyai 40000 ~ 50000 aksara. Seseorang perlu menguasai sekurang-kurangnya 4000 aksara untuk berkomunikasi dengan baik.
  • Juruterbang, kru penerbangan dan pengawal untuk penerbangan antarabangsa diwajibkan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris.
  • French fries dipanggil chips di UK, Frites di Perancis, Pommes di Jerman dan Pommees Frites di Switzerland
  • Lebih mudah menyebut World Wide Web berbanding W.W.W memandangkan world wide web mempunyai 3 suku kata manakala www ada 9 suku kata.
  • "The quick brown fox jumps over the lazy dog" merupakan panagram (ayat yg menggunakan kesemua 26 huruf) yang biasa digunakan untuk test keyboard komputer.

Tiada ulasan: