16 Disember 2011

kucing-kucingku

Secebis kisah mengenai kucing-kucing yang tumpang berteduh

Pertama sekali adalah Puan Tiger..
Pn. Tiger telah berada di rumah saya sejak penghujung tahun 2009
Puan Tiger
Walaupun terdapat kucing yang ingin menumpang teduh (rujuk --> sini)
Pn. Tiger berjaya menghalau kanak2 kerdil itu...

Namun., langit tak selalu cerah...
sekitar bulan jun 2011, cik Snow White pula tumpang simpati
Cik Snow White
Cik Snow White berjaya menagih simpati walaupun hal tersebut mendatangkan rasa tidak puas hati Pn. Tiger

Cik Snow White buat muka suci bila ditenung Pn. Tiger.

Musim mengawan pun tiba....
Pn. Tiger meggunakan keseksiannya untuk menggoda jantan2 yang ada di sekitar kawasan liputan.
Cik Snow White pun tidak mahu ketinggalan... Dia menggunakan kecomelannya bagi tujuan yang sama.

3 bulan berselang, tanggal 16 September 2011., Pn. Tiger berjaya melahirkan 2 ekor anak bagi menguatkan bala tenteranya.

Juwita & Putra
Sebulan selepas itu, Cik Snow White telah bertukar status kepada Pn. Snow White apabila berjaya melahirkan 3 ekor anak.
Yuyun, Nona & Apek
Mendung berterusan..
Anak-anak Pn. Tiger menghilangkan diri sebelum Anak-anak Pn. Snow White pandai berjalan.
Kasihan Si Tiger....

Oleh sebab Pn. Snow White menjadi ibu pada usia muda, dia tidak tahu bagaimana mahu menguruskan anak-anaknya.
Anak-anaknya tidak diajar untuk buang air di tempat yang sepatutnya
Mereka sekeluarga telah berjaya mendatangkan kemarahan tuan rumah.
Dan akhirnya mereka diletakkan di rumah lama kami...
Maka tinggallah Pn. Tiger kembali bermaharajalela.
Yeah!


Kami tetap melawat keluarga Pn. Snow White tiap hari untuk memberi makan memandangkan Pn. Snow White bukanlah seekor kucing pemburu.

Petang tadi kami baru sahaja berjumpa kucing kami yang lebih tua dari Pn. Tiger, yang bernama Pn. Merang.
Dah dalam lingkungan 4tahun dah umurnya.
Pn. Merang
Sekian (^_^)v

16 Jun 2011

Fakta : Bahasa Inggeris

1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.
 3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'
 

10 Mei 2011

Fakta : Cahaya & Bunyi

  • Cahaya merupakan objek yang bergerak paling pantas di dunia dengan kelajuan 300,000 kilometer sesaat
  • Kelajuan bunyi menerusi cahaya adalah 343 kilometer sesaat
  • Bunyi bergerak 4 kali lebih pantas di dalam air berbanding di udara dan 15 kali lebih pantasmenerusi besi
  • Cahaya boleh bergerak menerusi vakum tetapi bunyi memerlukan media seperti air dan udara untuk bergerak
  • Cahaya hampir 1juta kali lebih pantas berbanding bunyi. Walaupun petir berlaku pada masa yang sama, kita akan nampak cahaya kilat dahulu sebelum mendengar bunyi guruh

08 Mei 2011

Fakta : Bahasa & Perkataan

  • Terdapat kira-kira 6000~7000 bahasa yang digunakan di seluruh dunia.
  • Bilangan huruf bagi orang Kemboja (Khmer) adalah 74 menjadikannya yang terbanyak di dunia manakala bilanagan huruf bagi orang Hawaii cuma ada 12!
  • London merupakan bandar yang mempunyai kepelbagaian yang tinggi dengan 300++ bahasa digunakan dalam lingkungannya.
  • Bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi bagi England untuk lebih dari 300 tahun
  • Bahasa cina mempunyai 40000 ~ 50000 aksara. Seseorang perlu menguasai sekurang-kurangnya 4000 aksara untuk berkomunikasi dengan baik.
  • Juruterbang, kru penerbangan dan pengawal untuk penerbangan antarabangsa diwajibkan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris.
  • French fries dipanggil chips di UK, Frites di Perancis, Pommes di Jerman dan Pommees Frites di Switzerland
  • Lebih mudah menyebut World Wide Web berbanding W.W.W memandangkan world wide web mempunyai 3 suku kata manakala www ada 9 suku kata.
  • "The quick brown fox jumps over the lazy dog" merupakan panagram (ayat yg menggunakan kesemua 26 huruf) yang biasa digunakan untuk test keyboard komputer.

07 Mei 2011

Fakta : Kuasa Wanita


  • Wanita hidup lebih lama berbanding lelaki di kebanyakkan negara di dunia
  • Pada tahun 1893, New Zealand menjadi negara pertama yang memberikan wanita hak untuk mengundi
  • Sirimavo Bandaranaike dari Sri Lanka merupakan Perdana Menteri wanita yang pertama di dunia (1960)
  • Madame Marie Curie merupakan saintis wanita terkenal dan insan pertama yang memenangi 2 anugerah Nobel
  • Florence Nightingale merupakan pengasas kejururawatan moden
  • JK Rowling merupakan ibu tunggal yang tidak bekerja sewaktu beliau mula menulis siri Harry Potter. Dia berjaya menjual lebih 400juta naskhah buku Harry Potter dalam masa kurang dari 10 tahun.

06 Mei 2011

Fakta : Lumrah Kehidupan

  • Baju lelaki mempunyai butang di bahagian kanan manakala baju wanita sebaliknye
  • Dalam kebanyakan budaya di dunia, xpandang mata org yg sedang bercakap adelah sebagai menghormati tetapi di barat, mengelakkan eye-contact adalah biadap
  • Di sesetengah kawasan di Eropah, adalah normal untuk parking bayi bersama trolinya di luar pusat beli-belah sementara mamanye shopping
  • Kajian menunjukkan manusia lebih gemar mendengar menggunakan telinga kanan
  • Kita akan makan lebih banyak bila bersama orang lain berbanding sewaktu makan bersendirian


*xde org nk open table ke? (-_-)"

05 Mei 2011

Fakta : Dulu dan Sekarang

  • Coca cola pernah diiklankan sebagai "Intellectual Beverage" semasa diperkenalkan pada tahun 1886
  • Pepsi Cola pada asalnya dipanggil "Brads Drink"
  • Pada zaman ketiadaan doktor gigi dulu, playar dan alat yang sejenis dengannya digunakan untuk mencabut gigi
  • Alas meja mulanya disediakan untuk lap tangan & mulut lepas makan. ~bukan utk lap hingus ye~


*tbe2 rse nk minum intelectual beverage lak (-_-)"

03 Mei 2011

cuti hari pekerja

setelah beberapa bulan berhempas pulas dengan kerja..
hari pekerja pun tiba..
cuti 3 hari ni sume org pakat berjalan..
ak pn xketinggalan...

1st day...
xg memane sbb ayah g repair kete...
lepak la kat dapur borak2 ngan mama ngan adik2...
kantoi la 2 cite best adik2 aku...
yang bestnye derang sat sambal belacan letak bawang putih...
siap nk tambahkan cuka lg...
erk (-_-)"

2nd day agak penat...
pagi2 da kua nk g kenduri sepupu kawin kat bukit beruntung..
balik around kul 4
then ade rombongan orang datang ziarah..
mujur gak sempat siapkan kudapan...

3rd day pagi rehat2 je...
petang kami g pullman lake, putrajaya..
keadaan agak mendung & berangin..
mujur rebas je., boleh la kami tangkap gambar...
then kami singgah makan kat cyberjaya...
meriah dah rupenye kt sne ek...
restoran yg berkonsepkan timur tengah pn ade dimane2..



Affiq, Aku, Mama, Dila, Ayah

*Saye suke cuti sekolah (^_^)v

01 Mei 2011

review novel : Merdekakan Cinta Ratna

Merdekakan Cinta Ratna telah ditaip oleh Pn. Sri Rahayu Mohd Yusop
ape kejadahnye aku nk bercerita pasal novel ni lak...
tu la.. korg xtau... novel ni penah menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.. xcaye leh cek kt sini


novel ni cite pasal brader form 6 yang banyak bikin problem...
dye ni jenis wat hal sorg2.. xmen la jahat ramai2..
mmg fokus kat mamat ni.. dye asalnye stress sebab bapak dye baran..
care pemikirannye memang lain dr minah2 n brader2 nerd kt kelas dye..

satu hari tu ade sorg cikgu ni jg guru kelas dye...
knela conduct projek form 6 untuk aktiviti kemerdekaan..
bincangbincangbincang derang setuju nk wat teater
buah fikiran yg paling bernas mmg datang dr mamat ni even dye mcm nk xnk je join pd mulenye..
smpai ketua kelas dye pun decide bg dye jd hero
(sanggup mengalah tu even heroin dye pujaan hati semate2 nk tunjuk kt dunia yg mamat ni boleh berubah)

sejak stat je kelas derang prektis gaye penceritaan jd macam cerita dalam cerita..
latihlatih treningtrening gaduhgaduh...
endingnye anda kne bace sendiri...
xsuprise lak nnt...
yg pasti ak menangis walaupun aku da bace novel ni banyak kali...

kesimpulannye buku ni memang best.. rugi kalau xbace... (^_^)v


* kepada ahli bahasa, tolong jangan komplen bahasa saya..  ;)

jom masuk bloglist prince~

1- erk, encik price., gini ke syaratnye??
2- saje nk try.. saye budak baru belajar.. lgpn comment tu macam belum cukup seratus je..
3- macam byk mende lg je sy kne belajar... banyak mase kamu ek encik prince..
4. done.. tertarik ngan soalan dye.. rasenye encik prince91 ni nsem x ek?
5- jap2 nak publish dulu..
6- nanti encik prince!!!! jangan muntah dulu!!!! tahan2!!!!!


* kome yg xpaham pasal entri ni bole tnye kat encik Prince ek... (^_^)v

30 April 2011

wanita dan warna~

taken from AzwanAnuar.com



MERAH



Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.







BIRU


Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.






HIJAU


Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.






HITAM


Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.






COKLAT


Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.






UNGU


Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.






KELABU


Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.


KUNING


Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.






PUTIH


Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.


28 April 2011

bendera pelik?

td tengah jalan2 kat blog org...
terjumpe tajuk bendera pelik kat blog http://www.fcukz.co.cc/
entri taun lepas pn...
tp benderanye xkua...
so alang2 da search aku save kn utk anda



Benin Empire



Central African Republic


Dominica


Fryslan

Guam

Isle of Man

Kyrgyztan

Mozambique

Nepal

Northern Marianas Islands

Swaziland

Tamil Eelam

The North Caucasian Emirate

Uganda

Yaroslavl Oblast
 Pastu tibe2 aku terjumpe blog bad flag
saje la taip Malaysia...
sekali dia keluar pasal bendera pahang...
ade ke katenye printer berwarna xsampai lg mse tu...
adoyai.. (-_-)"