16 Jun 2011

Fakta : Bahasa Inggeris

1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.
 3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'
 

10 Mei 2011

Fakta : Cahaya & Bunyi

  • Cahaya merupakan objek yang bergerak paling pantas di dunia dengan kelajuan 300,000 kilometer sesaat
  • Kelajuan bunyi menerusi cahaya adalah 343 kilometer sesaat
  • Bunyi bergerak 4 kali lebih pantas di dalam air berbanding di udara dan 15 kali lebih pantasmenerusi besi
  • Cahaya boleh bergerak menerusi vakum tetapi bunyi memerlukan media seperti air dan udara untuk bergerak
  • Cahaya hampir 1juta kali lebih pantas berbanding bunyi. Walaupun petir berlaku pada masa yang sama, kita akan nampak cahaya kilat dahulu sebelum mendengar bunyi guruh

08 Mei 2011

Fakta : Bahasa & Perkataan

  • Terdapat kira-kira 6000~7000 bahasa yang digunakan di seluruh dunia.
  • Bilangan huruf bagi orang Kemboja (Khmer) adalah 74 menjadikannya yang terbanyak di dunia manakala bilanagan huruf bagi orang Hawaii cuma ada 12!
  • London merupakan bandar yang mempunyai kepelbagaian yang tinggi dengan 300++ bahasa digunakan dalam lingkungannya.
  • Bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi bagi England untuk lebih dari 300 tahun
  • Bahasa cina mempunyai 40000 ~ 50000 aksara. Seseorang perlu menguasai sekurang-kurangnya 4000 aksara untuk berkomunikasi dengan baik.
  • Juruterbang, kru penerbangan dan pengawal untuk penerbangan antarabangsa diwajibkan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris.
  • French fries dipanggil chips di UK, Frites di Perancis, Pommes di Jerman dan Pommees Frites di Switzerland
  • Lebih mudah menyebut World Wide Web berbanding W.W.W memandangkan world wide web mempunyai 3 suku kata manakala www ada 9 suku kata.
  • "The quick brown fox jumps over the lazy dog" merupakan panagram (ayat yg menggunakan kesemua 26 huruf) yang biasa digunakan untuk test keyboard komputer.