02 Februari 2009

Tangan tergoreng, hati yang gering..

Ehm, semalam aku balik ke tg malim. Pagi tu tolong mama goreng ayam. Xsemena2 minyak meletup. kne gak la tangan aku. Memang best.

Best2 tu pun xdpt lawan best cite arini. on9 td tgk gmbr kwn2 g vacation kt gua bt maloi. jelesnye kt derang. aku xjoin sbb kononnye nk bersihkan rumah kt bukit beruntung mse tu. last2 dak 2 org tu yang bersukeria berjalan. nk blk tg malim sabtu tu pn xjd. dah la sebenarnye ade lg 1 kroni ajk g men boling. 2 2 aku xjoin tp aku xwat pape pn.

sabtu yang kosong tu aku ikut ayah g buang kucing je. ramai sangat kucingnye. sampai 7 ekor. mmg penat la nk bela. tiap hari kne bersihkan belakang umah. mule nk bertimbang rase. tp petang tu merang g pecahkan mangkuk arcopal mama yg berisi kek yang aku wat utk bwk balik tg.. sempat mkn 3 potong je.. hhu.. mse tgh best tgk cite october sky tu la kne g buang kucing. xdpt tgk endingnye.. bkn xleh lau xbuang.. tp asik terperap kt umah je. sape xtensen.. hhu..

balik sini lak pg td aku kua agk awl. panjang gak barisan tggu bas pg td.. tp nsb baik aku smpai on-time. mse nk naik tangge tu ngam2 lecturer park kete. masuk je kls tgk2 kls ade 2 org je.. eheh. 3org pelajar je yang hadir. lect wat kuiz lak tu. then g kls math dgn banggenye ckp aku dr kls td.. hha. banggenye aku. mmbr stress je xtau kls ade.. kwang3.. nsb baik aku terlupe yg derang ckp kls td ditangguhkan.. hahaha..

k la. i need to sleep. sok nk bgn awl.. sambut jubli perak kat ipoh.. nyte.

17 Januari 2009

Semester 6


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah 30 bulan aku di UPSI. Sekarang ni dalam minggu ke-2 semester 6. Sem ni berjalan dengan laju rasenye. Banyak assignment yang perlu diselesaikan.



  • KPT2063 : Rekabentuk Instrusional & Teknologi


  • MTA1013 : Robotik & Automasi


  • MTC3033 : Pembuatan Berkomputer


  • MTP2023 : Teori & Perkaedahan P&P dalam Teknologi Maklumat


  • MTP3033 : Kaedah Pengajaran CAD


  • TMP2013 : Teori & Perkaedahan Pengajaran Matematik

Tiap satu ade tugasan tersendiri. Individu dan berkumpulan. Tiap satu memerlukan kemahiran berfikir yang mantap. hhu.


19 November 2008

???


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.