18 Mac 2012

Pop Kuiz!


  1. Apakah kaitan antara pesawat de Havilland Mosquito, rakit Kon-Tiki milik Thor Heyerdahl dan bat pingpong?
    Havilland Mosquito
    Kon-Tiki
    Bat Pingpong


  2. Format MMDDYY popular di AS, DDMMYY digunakan di Britain, tetapi format YYMMDD pula digunakan di komputer... kenapa ye?
  3. Tin-tin timah berbentuk silinder dikatakan akan kurang digunakan apabila tin berbentuk kuboid kian glemer.. memandangkan tin kuboid tidak sekuat tin silinder dan lebih sukar dibuka, mengapakah terdapat spekulasi sedemikian?


 JAWAPAN :)

  1. bahan utama bagi ketiga-tiga objek adalah kayu balsa
  2. Komputer menyusun fail secara numerik maka format tersebut (YYMMDD) mengekalkan urutannya.
  3. ruang akan digunakan sepenuhnya --> jimat kos pengangkutan


taken from: Knowledge Vol.1 Issue2 Malaysia Edition (^_^)v




16 Disember 2011

kucing-kucingku

Secebis kisah mengenai kucing-kucing yang tumpang berteduh

Pertama sekali adalah Puan Tiger..
Pn. Tiger telah berada di rumah saya sejak penghujung tahun 2009
Puan Tiger
Walaupun terdapat kucing yang ingin menumpang teduh (rujuk --> sini)
Pn. Tiger berjaya menghalau kanak2 kerdil itu...

Namun., langit tak selalu cerah...
sekitar bulan jun 2011, cik Snow White pula tumpang simpati
Cik Snow White
Cik Snow White berjaya menagih simpati walaupun hal tersebut mendatangkan rasa tidak puas hati Pn. Tiger

Cik Snow White buat muka suci bila ditenung Pn. Tiger.

Musim mengawan pun tiba....
Pn. Tiger meggunakan keseksiannya untuk menggoda jantan2 yang ada di sekitar kawasan liputan.
Cik Snow White pun tidak mahu ketinggalan... Dia menggunakan kecomelannya bagi tujuan yang sama.

3 bulan berselang, tanggal 16 September 2011., Pn. Tiger berjaya melahirkan 2 ekor anak bagi menguatkan bala tenteranya.

Juwita & Putra
Sebulan selepas itu, Cik Snow White telah bertukar status kepada Pn. Snow White apabila berjaya melahirkan 3 ekor anak.
Yuyun, Nona & Apek
Mendung berterusan..
Anak-anak Pn. Tiger menghilangkan diri sebelum Anak-anak Pn. Snow White pandai berjalan.
Kasihan Si Tiger....

Oleh sebab Pn. Snow White menjadi ibu pada usia muda, dia tidak tahu bagaimana mahu menguruskan anak-anaknya.
Anak-anaknya tidak diajar untuk buang air di tempat yang sepatutnya
Mereka sekeluarga telah berjaya mendatangkan kemarahan tuan rumah.
Dan akhirnya mereka diletakkan di rumah lama kami...
Maka tinggallah Pn. Tiger kembali bermaharajalela.
Yeah!


Kami tetap melawat keluarga Pn. Snow White tiap hari untuk memberi makan memandangkan Pn. Snow White bukanlah seekor kucing pemburu.

Petang tadi kami baru sahaja berjumpa kucing kami yang lebih tua dari Pn. Tiger, yang bernama Pn. Merang.
Dah dalam lingkungan 4tahun dah umurnya.
Pn. Merang
Sekian (^_^)v

16 Jun 2011

Fakta : Bahasa Inggeris

1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.
 3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'