01 Disember 2016

1 Disember 2016

Hari ni dah hampir 33w++ untuk 2nd preggy. Ammar Daiyan pun dah membesar bagai juara. macam-macam dah akalnye. untuk pregnancy kali ni alhamdulillah xperlu buat BSP.. Cuma kenaikan berat badan yg jadi sebab kne monitor bp lak.. Dah minum air gula kali kedua awal bulan lepas tp result belum keluar lagi. Normal la hendaknye.

Cuti sekolah dah bermula tapi otak ni masih berfikir hal-hal sekolah. Semalam pun baru je amik telefon free..
Yes Altitude.. Fresh from box.. semoga penggunaan smartphone baharu ini dapat dioptimumkan.. Amin...

19 Jun 2014

After almost 2 years....

Diam xdiam dah 2 tahun xmenjenguk blog kesyangan ni... Sorry la, last year bz tukar status... Pastu duduk asing.. So setiap weekend dok ulang alik... Alhamdulillah hujung 2013 boifren dpt transfer :)

Actually gagahkan diri harini pun sebab nak update pasal check up sepanjang mengandung ni.. yela., hobi kite pun blogwalking bace pengalaman orang... nak gak share cerita sendiri kan.... kite main highlight2 jela ye ;)

Persoalan pertama yang kita biase tertanya-tanya bile preggy ni adalah bile nak bukak buku... Klau tanye kt misi bile dapat detect je pregnant kite bole terus buat buku.. paling lambat pun dalam 12minggu @ 3bulan kehamilan.. klau xnak kne bebel la kan... Muahahaha

Antara perkara yang dirisaukan adalah minum air gula. bukanla xsedap... ok je air gula tu... Perit sikit je... mane tak nye.. Dari malam sebelum tu kite kne puasa, pastu amik darah., then sarapan dengan air gula yang likat memikat, pastu xleh makan lagi utk 2 jam., pas amik darah kali kedua baru boleh makan. Fuhh., terase2 air gula tu melekat kat ginjal....

Setelah berjuang dengan air gula, keputusannya aku didetect ade kencing manis yang membuatkan aku kne cek BSP - kandungan gula dalam darah setiap 2 minggu.. Mende alah ni la yang membuatkan buku pink aku jadi novel... Klau ade merah je kne buat seminggu sekali... Kat tempat aku jadualnye 8 pagi - 10 pagi - 2 petang - 8 malam... yg malam tu misi kne ot.. hhi... Ade tempat lain jadualnye lain... Siap ade yg kne g rumah misi lagi utk cek BSP waktu malam.. tp prosedurnye same je... malam sebelum cek kne stop makan kul 10... utk waktu2 lain 2 jam sblum cek darah mesti dah berhenti makan. Kadang2 dengki gak kat org yg pulun habis2 makan sebelum bersalin... aku try buat sekali melambung2 reading dia naik... hurm.... bersabarlah duhai hati... Cek BSP ni pun utk kebaikan mak2 jugak... klau terlebih gula nnt baby jadi terlebih besau... tu yg kne pantau tu...

Alhamdulillah sepanjang 40 minggu check up kt Klinik Kesihatan Telok Datok aku seronok... Misi2 kt situ sume friendly.... :):) kne tunggu lame tu biaselah... Sampai dah bole kawan dengan sume org yg tunggu turn,,.. hhaha... Last week mungkin sbb misi xcukup n terpakse tunggu lama, bp aku jd tinggi... cek kat misi reading dia 130/90... sampai kat doktor jadi 140/100... terus kne naik ambulen... aku bole naik smbil tergelak2... perlu ke mcm ni sekali... siap pasang siren lagi... Mujur barang dah prepare... Yok2 je org sume pesan bawak sweater... xpasan depa sume masuk sepital swasta... yelaa sejuk... aku siap suruh boifren bawakkan kipas lg... serupa sauna dah....

N yes., mlm ni cukup la 40 minggu kandungan aku... Esok dah kena check in... yg pasti aku dah keluarkan balik sweater dari senarai barang dalam beg. Aku dijadualkan untuk diinduce lusa... tu yg eksaited bagi cpr balik kat blog ni.. Doakan semuanye selamat ye :)



02 April 2012

Karnival Ko-Kurikulum SMKTPG (31 Mac 2012)

Sabtu lepas ak handle fotografi..
Ni saje nak publish hasil2 pemenang

KATEGORI 1 ; MEGAH SMKTPG
*kurang saingan disini
Ke-3 ; Muhd Faiz B. Mohd Subzan (1KAA)

Ke-2 ; Fitri Aziz B. Sarham (1M)

Pertama ; Nurain Ashmeen bt. Mohd. Muzafar (3C)


KATEGORI 2 ; Warna-warni Karnival

Ke-3 ; Ahmad Suffian b. Azhar (4LK)

Ke-2 ; Nurfarahin Amirah bt. Nazaruddin (5PA1)

Pertama ; Nur Ashyiqin bt. Nazaruddin (1RK2)


Mcm biase... nk tgk besar2 bg klik ye :)



*paling semangat mmg xde org lain la.. :p





18 Mac 2012

Pop Kuiz!


  1. Apakah kaitan antara pesawat de Havilland Mosquito, rakit Kon-Tiki milik Thor Heyerdahl dan bat pingpong?
    Havilland Mosquito
    Kon-Tiki
    Bat Pingpong


  2. Format MMDDYY popular di AS, DDMMYY digunakan di Britain, tetapi format YYMMDD pula digunakan di komputer... kenapa ye?
  3. Tin-tin timah berbentuk silinder dikatakan akan kurang digunakan apabila tin berbentuk kuboid kian glemer.. memandangkan tin kuboid tidak sekuat tin silinder dan lebih sukar dibuka, mengapakah terdapat spekulasi sedemikian?


 JAWAPAN :)

  1. bahan utama bagi ketiga-tiga objek adalah kayu balsa
  2. Komputer menyusun fail secara numerik maka format tersebut (YYMMDD) mengekalkan urutannya.
  3. ruang akan digunakan sepenuhnya --> jimat kos pengangkutan


taken from: Knowledge Vol.1 Issue2 Malaysia Edition (^_^)v




16 Disember 2011

kucing-kucingku

Secebis kisah mengenai kucing-kucing yang tumpang berteduh

Pertama sekali adalah Puan Tiger..
Pn. Tiger telah berada di rumah saya sejak penghujung tahun 2009
Puan Tiger
Walaupun terdapat kucing yang ingin menumpang teduh (rujuk --> sini)
Pn. Tiger berjaya menghalau kanak2 kerdil itu...

Namun., langit tak selalu cerah...
sekitar bulan jun 2011, cik Snow White pula tumpang simpati
Cik Snow White
Cik Snow White berjaya menagih simpati walaupun hal tersebut mendatangkan rasa tidak puas hati Pn. Tiger

Cik Snow White buat muka suci bila ditenung Pn. Tiger.

Musim mengawan pun tiba....
Pn. Tiger meggunakan keseksiannya untuk menggoda jantan2 yang ada di sekitar kawasan liputan.
Cik Snow White pun tidak mahu ketinggalan... Dia menggunakan kecomelannya bagi tujuan yang sama.

3 bulan berselang, tanggal 16 September 2011., Pn. Tiger berjaya melahirkan 2 ekor anak bagi menguatkan bala tenteranya.

Juwita & Putra
Sebulan selepas itu, Cik Snow White telah bertukar status kepada Pn. Snow White apabila berjaya melahirkan 3 ekor anak.
Yuyun, Nona & Apek
Mendung berterusan..
Anak-anak Pn. Tiger menghilangkan diri sebelum Anak-anak Pn. Snow White pandai berjalan.
Kasihan Si Tiger....

Oleh sebab Pn. Snow White menjadi ibu pada usia muda, dia tidak tahu bagaimana mahu menguruskan anak-anaknya.
Anak-anaknya tidak diajar untuk buang air di tempat yang sepatutnya
Mereka sekeluarga telah berjaya mendatangkan kemarahan tuan rumah.
Dan akhirnya mereka diletakkan di rumah lama kami...
Maka tinggallah Pn. Tiger kembali bermaharajalela.
Yeah!


Kami tetap melawat keluarga Pn. Snow White tiap hari untuk memberi makan memandangkan Pn. Snow White bukanlah seekor kucing pemburu.

Petang tadi kami baru sahaja berjumpa kucing kami yang lebih tua dari Pn. Tiger, yang bernama Pn. Merang.
Dah dalam lingkungan 4tahun dah umurnya.
Pn. Merang
Sekian (^_^)v

16 Jun 2011

Fakta : Bahasa Inggeris

1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.
 3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'
 

10 Mei 2011

Fakta : Cahaya & Bunyi

  • Cahaya merupakan objek yang bergerak paling pantas di dunia dengan kelajuan 300,000 kilometer sesaat
  • Kelajuan bunyi menerusi cahaya adalah 343 kilometer sesaat
  • Bunyi bergerak 4 kali lebih pantas di dalam air berbanding di udara dan 15 kali lebih pantasmenerusi besi
  • Cahaya boleh bergerak menerusi vakum tetapi bunyi memerlukan media seperti air dan udara untuk bergerak
  • Cahaya hampir 1juta kali lebih pantas berbanding bunyi. Walaupun petir berlaku pada masa yang sama, kita akan nampak cahaya kilat dahulu sebelum mendengar bunyi guruh

08 Mei 2011

Fakta : Bahasa & Perkataan

  • Terdapat kira-kira 6000~7000 bahasa yang digunakan di seluruh dunia.
  • Bilangan huruf bagi orang Kemboja (Khmer) adalah 74 menjadikannya yang terbanyak di dunia manakala bilanagan huruf bagi orang Hawaii cuma ada 12!
  • London merupakan bandar yang mempunyai kepelbagaian yang tinggi dengan 300++ bahasa digunakan dalam lingkungannya.
  • Bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi bagi England untuk lebih dari 300 tahun
  • Bahasa cina mempunyai 40000 ~ 50000 aksara. Seseorang perlu menguasai sekurang-kurangnya 4000 aksara untuk berkomunikasi dengan baik.
  • Juruterbang, kru penerbangan dan pengawal untuk penerbangan antarabangsa diwajibkan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris.
  • French fries dipanggil chips di UK, Frites di Perancis, Pommes di Jerman dan Pommees Frites di Switzerland
  • Lebih mudah menyebut World Wide Web berbanding W.W.W memandangkan world wide web mempunyai 3 suku kata manakala www ada 9 suku kata.
  • "The quick brown fox jumps over the lazy dog" merupakan panagram (ayat yg menggunakan kesemua 26 huruf) yang biasa digunakan untuk test keyboard komputer.

07 Mei 2011

Fakta : Kuasa Wanita


  • Wanita hidup lebih lama berbanding lelaki di kebanyakkan negara di dunia
  • Pada tahun 1893, New Zealand menjadi negara pertama yang memberikan wanita hak untuk mengundi
  • Sirimavo Bandaranaike dari Sri Lanka merupakan Perdana Menteri wanita yang pertama di dunia (1960)
  • Madame Marie Curie merupakan saintis wanita terkenal dan insan pertama yang memenangi 2 anugerah Nobel
  • Florence Nightingale merupakan pengasas kejururawatan moden
  • JK Rowling merupakan ibu tunggal yang tidak bekerja sewaktu beliau mula menulis siri Harry Potter. Dia berjaya menjual lebih 400juta naskhah buku Harry Potter dalam masa kurang dari 10 tahun.

06 Mei 2011

Fakta : Lumrah Kehidupan

  • Baju lelaki mempunyai butang di bahagian kanan manakala baju wanita sebaliknye
  • Dalam kebanyakan budaya di dunia, xpandang mata org yg sedang bercakap adelah sebagai menghormati tetapi di barat, mengelakkan eye-contact adalah biadap
  • Di sesetengah kawasan di Eropah, adalah normal untuk parking bayi bersama trolinya di luar pusat beli-belah sementara mamanye shopping
  • Kajian menunjukkan manusia lebih gemar mendengar menggunakan telinga kanan
  • Kita akan makan lebih banyak bila bersama orang lain berbanding sewaktu makan bersendirian


*xde org nk open table ke? (-_-)"

05 Mei 2011

Fakta : Dulu dan Sekarang

  • Coca cola pernah diiklankan sebagai "Intellectual Beverage" semasa diperkenalkan pada tahun 1886
  • Pepsi Cola pada asalnya dipanggil "Brads Drink"
  • Pada zaman ketiadaan doktor gigi dulu, playar dan alat yang sejenis dengannya digunakan untuk mencabut gigi
  • Alas meja mulanya disediakan untuk lap tangan & mulut lepas makan. ~bukan utk lap hingus ye~


*tbe2 rse nk minum intelectual beverage lak (-_-)"