16 Disember 2011

kucing-kucingku

Secebis kisah mengenai kucing-kucing yang tumpang berteduh

Pertama sekali adalah Puan Tiger..
Pn. Tiger telah berada di rumah saya sejak penghujung tahun 2009
Puan Tiger
Walaupun terdapat kucing yang ingin menumpang teduh (rujuk --> sini)
Pn. Tiger berjaya menghalau kanak2 kerdil itu...

Namun., langit tak selalu cerah...
sekitar bulan jun 2011, cik Snow White pula tumpang simpati
Cik Snow White
Cik Snow White berjaya menagih simpati walaupun hal tersebut mendatangkan rasa tidak puas hati Pn. Tiger

Cik Snow White buat muka suci bila ditenung Pn. Tiger.

Musim mengawan pun tiba....
Pn. Tiger meggunakan keseksiannya untuk menggoda jantan2 yang ada di sekitar kawasan liputan.
Cik Snow White pun tidak mahu ketinggalan... Dia menggunakan kecomelannya bagi tujuan yang sama.

3 bulan berselang, tanggal 16 September 2011., Pn. Tiger berjaya melahirkan 2 ekor anak bagi menguatkan bala tenteranya.

Juwita & Putra
Sebulan selepas itu, Cik Snow White telah bertukar status kepada Pn. Snow White apabila berjaya melahirkan 3 ekor anak.
Yuyun, Nona & Apek
Mendung berterusan..
Anak-anak Pn. Tiger menghilangkan diri sebelum Anak-anak Pn. Snow White pandai berjalan.
Kasihan Si Tiger....

Oleh sebab Pn. Snow White menjadi ibu pada usia muda, dia tidak tahu bagaimana mahu menguruskan anak-anaknya.
Anak-anaknya tidak diajar untuk buang air di tempat yang sepatutnya
Mereka sekeluarga telah berjaya mendatangkan kemarahan tuan rumah.
Dan akhirnya mereka diletakkan di rumah lama kami...
Maka tinggallah Pn. Tiger kembali bermaharajalela.
Yeah!


Kami tetap melawat keluarga Pn. Snow White tiap hari untuk memberi makan memandangkan Pn. Snow White bukanlah seekor kucing pemburu.

Petang tadi kami baru sahaja berjumpa kucing kami yang lebih tua dari Pn. Tiger, yang bernama Pn. Merang.
Dah dalam lingkungan 4tahun dah umurnya.
Pn. Merang
Sekian (^_^)v