31 Oktober 2008

Ungkapan Hari Ini


Semalam aku ke kampus untuk perbincangan kertas kerja. Banyak lagi perkara yang perlu diperbetulkan. Aku diberi peluang sehingga hari Isnin. Aduh, bertindih dengan kertas Pengukuran, Pengujian dan Penilaian Pendidikan. Segalanya perlu dilakukan dengan segera. Hari ini semangat untuk menyiapkan kertas kerja meluap-luap. Namun aku ketandusan ilham. :(





Dalam keadaan apa pun."SENANGKANLAH HATIMU!!!" Janganlah bersedih.

Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu!

Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan perkara yang sulit melalui hartamu.

Dan jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu!

Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa,penyakit kesombongan yang sering menimpa orang-orang kaya.

Senangkanlah hatimu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepadamu lagi, lantaran kemiskinanmu...

Kalau engkau dilupakan orang, kurang masyhur, senangkan hatimu!

Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacimu

Mudah-mudahan Allah mengurniai kita ilmu yang mengantarakan kita pada sebuah keyakinan dan kebahagiaan abadi,

dunia dan akhirat.

Amin.



29 Oktober 2008

Percubaan

Bercuti di Cameron Highlands, Pahang. 26 & 27 Oktober 2008.